PENGENALAN
HUKUM KANUN MELAKA:
- Ianya menerangkan tentang zaman kegemilangan negeri Melaka pada tahun 1400-1511 . Hukum ini berkenaan tentang penaklukan Raja Iskandar Zulkarnain ke atas India jelas sekali ini memperlihatkan orang Melaka telah mengenali Hikayat Iskandar Zulkarnain begitu juga dengan bab-bab mengenai Pasai terutama dalam bab ke-7 dan 9 , ianya juga memperlihatkan bahawa orang Melaka telah mengetahui hikayat Raja-Raja Pasai . Antara dua buah undang-undang melayu yang terkenal iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
- Naskah-naskah Hukum Kanun Melaka ialah warisan karya melayu dalam bentuk bertulis . Disebarkan dari satu generasi ke satu generasi dalam bentuk naskah . Terdapat tidak kurang 44 naskah Hukum Kanun Melaka di seluruh dunia dan ini tidak termasuk dalam dua naskhah yang tidak lengkap lagi.
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
Undang-undang Laut Melaka ialah naskah undang-undang@hukum yang digunakan dalam pelayaran. Ditulis semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud atas permintaan Nakhoda Melaka yang menginginkan hukum pelayaran yang tetap. Antara yang terkandung dalam hukum kanun Melaka ini adalah:
- Menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan
- Tugas pegawai kapal
- Langkah keselamatan dalam kapal
- Tugas anak-anak kapal
- Penyewaan dan penumpangan kapal dagang
- Kuasa Nakhoda menjatuhkan hukuman PERANAN HUKUM KANUN MELAKA
- Hukum kanun melaka penting sebagai sumber rujukan bagi menentukn hukuman bagi kesalahan tertentu.
- Menentukan pembahagian tugas,peranan serta struktur pemerintahan.Dalam undang-undang terkandung satu adat yang digelar adat lembaga yang didalamnya menganunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur.
- Melancarkan pentadbiran,memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu.
Disediakan oleh : Siti Nur Raiha Binti Selamat
KESIMPULAN
Kesimpulannya , Hukum Kanun Melaka penting bagi melancarkan pemerintahan negeri. Undang-undang ini awalnya dipengaruhi oleh Agama Hindu , diresapi unsur Agama Islam yang ketara pada akhirnya. Hukum-hukum syarak ini meresap secara beransur-ansur. Sesungguhnya, undang-undang ini sungguh lengkap, menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan adat lembaga dan tanggungjawab pembesar, hukuman awam dan perbuatan jenayah serta perkara-perkara berkaitan dengan pertanian , perhambaan , dan kekeluargaan . Manakala undang-undang di laut ini pula jelas kelihatan memperlihatkan tentang pembahagian tugas pegawai dan anak-anak kapal malah ia juga memperlihatkan anak-anak kapal itu tidak dikaji tetapi bersama ada bahagian di dalam perniagaan.
Disediakan Oleh : Noor Alia Nazira Binti Usaman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan