PENGENALAN
- Malayan Emergency adalah satu serangan Gerila yang sungguh dahsyat dilakukan oleh sekumpulan komunis selepas jajahan Jepun pada 1948.
- Serangan Gerila ini diketuai oleh Chen Peng iaitu bekas tentera British yang telah dibelot.
- Keganasan yang berlaku telah mengorbankan ratusan nyawa penduduk Tanah Melayu yang tidak bersalah.
- Untuk menumpaskan habis habisan serangan Gerila ini memerlukan 3 pesuruhjaya tinggi british kerana puak mereka sangat besar.
Disediakan oleh: Muhammad Zahiruddin Bin Robion
KESAN
1. Terhadap EKONOMI
KEMUSNAHAN YANG BERLAKU DISESEBUAH ESTET
BEGINILAH KEHIDUPAN BURUH-BURUH LADANG DAN LOMBONG YANG DIGANGGU OLEH KOMUNIS
- Kekejaman dan keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian dengan aman.
- Pengeluaran sumber ekonomi negara terjejas kerana kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang.
- Kerajaan membelanjakan 1.4 bilion dalam tempoh 12 tahun dan sebanyak 721.9 juta telah digunakan bagi membeli peralatan ketenteraan bagi mengukuhkan sistem pertahanan.
- Kerajaan terpaksa memperbesarkan pasukan keselamatan, menambah bilangan anggota polis dan pasukan Home Guard untuk memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada rakyat.
- Kesannya, kerajaan kurang memberi perhatian terhadap usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
2. Terhadap POLITIL
- Kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pemberian kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana kerajaan mendapati rakyat Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran British. Selain itu, kerajaan juga ingin mendapat sokongan rakyat supaya tidak memihak kepada komunis.
- Pada tahun 1949, pemimpin-pemimpin orang Cina dalam Majlis Perundangan Persekutuan terutamanya Datuk Tan Cheng Lock telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949.
- Sistem Ahli juga telah diperkenalkan pada tahun 1951-1952 oleh British sebagai langkah ke arah berkerajaan sendiri.
- Perikatan UMNO-MCA di bawah pemimpin Tunku Abd. Rahman memainkan peranan yang penting dalam proses mencapai kemerdekaan .
3. Terhadap SOSIAL
- Kempen memerangi komunis dijalankan selama 12 tahun (1948-1960) yang menyaksikan rakyat hidup menderita keganasan komunis. Pelaksanaan undang-undang darurat seperti perintah berkurung amat menyusahkan hidup rakyat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan dan aktiviti harian mereka. Bekalan beras berkurangan kerana semakin banyak sawah ditinggalkan oleh petani tanpa diusahakan. Begitu juga dengan padi huma dan kerja-kerja ladang yang lain seperti jagung, ubi dan pisang turut tidak dikerjakan bagi menambah bahan makanan. Kekurangan makanan ini telah menyebabkan kerajaan bertindak menyekat makanan menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada ubi kayu dan keledek sama seperti dialami semasa zaman Jepun.Walaupun catuan makanan ini berjaya menyekat bekalan makanan daripada sampai kepada komunis, namum rakyat hidup menderita akibat kekurangan makanan.
- Melalui undang-undang darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahaja yang dianggap mengancam keselamatan negara atau disyaki bersubahat dengan komunis tanpa perlu dibicara di mahkamah. Orang ramai tidak dibenarkan berkumpul melebihi 5 orang di tempat terbuka tanpa mendapat kebenaran polis. Sesiapa yang membawa atau menyimpan senjata api tanpa permit boleh dihukum bunuh. Ramai penduduk terutama orang Cina ditangkap dan dipenjarakan,sebahagian daripada mereka dihantar pulang ke negara China.
- Masalah perkauman antara orang Melayu dan orang Cina menjadi semakin serius. Orang Melayu menganggap semua orang Cina adalah komunis dan orang Melayu telah menyertai pasukan keselamatan untuk membanteras komunis. Oleh itu, tindakan memerangi komunis semasa darurat seolah-olah dilihat sebagai peperangan antara orang Melayu dengan orang Cina. Masalah perkauman yang tercetus ini telah memberi kesan penting ke atas kedudukan sosiopolitik di Tanah Melayu.
- Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina telah mendorong pemimpin-pemimpin seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ E.E.C. Thuraisingham dan Datuk Tan Cheng Lock berusaha untuk meredakan ketegangan kaum dengan menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK) pada tahun 1949. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato’ E.E.C. Thuraisingham yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu.
- Untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu terutamanya orang Cina bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat” dan melonggarkan syarat-syarat untuk mendapat kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan juru bicara kaum Cina dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu sehingga tahun 1957. Mereka juga diberi hak untuk memiliki tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan kesihatan di kawasan kampong-kampung baru. Dengan cara ini, kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan.
Disediakan Oleh : Siti Nur Raiha Binti Selamat
: Noor Alia Nazira Binti Usaman
PENGAJARAN
- Pengajaran yang diperoleh daripada sejarah ini ialah sesebuah negara atau bangsa itu perlu mempertahankan identiti sendiri,walaupun masa dan persekitaran sentisa berubah.Selain itu,rakyat yang tidak bersatu padu dan tidak taat setia kepada negara juga akan menyebabkan negara kita dijajah. Seterusnya,kita sebagai rakyat malaysia juga perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar minda kita tidak mudah terpengaruh dengan dakyah asing.Oleh itu ilmu adalah sesuatu faktor yang penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa.Akhir sekali,dengan peristiwa penjajahan yang berlaku kepada tanah melayu kita ini telah memperlihatkan kepada kita bahawa perlunya rakyat pada waktu itu mempunyai ilmu yang tinggi ,terbuka minda, taat setia , bersatu padu dan patuh kepada undang-undang negara .
Disediakan oleh: Noor Alia Nazira Binti Usaman
KESIMPULAN
- Dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu.
- Kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri-negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negari ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri.
- Kekayaan ekonomi serta kemajuan dan ketertinggian tamadun adalah antara faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negera.
- Kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara.
- Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan, Asimilasi dan Sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan