Selasa, 29 Januari 2019

SENARAI JENIS MAHKAMAH

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA WAHAI PEMBACA BLOGGER!!!

Hi! Kami ingin mengucapkan "SELAMAT DATANG ke OURHISTORICAL blog"🙋🙋

JENIS JENIS MAHKAMAH DAN PERANANNYA

1.MAHKAMAH AGUNG
*Merupakan mahkamah tertinggi di malaysia
*Dikenali juga sebagai mahkamah persekutuan.
*Berkuasa menentukan pegesahan bagi undang undang yang dibuat oleh   Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
      2.MAHKAMAH RAYUAN
*Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja
*Jika dibenarkan oleh mahkamah Rayuan , kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang 250000
*Kes-kes jenayah yang dirujuk disini juga meliputi kes yang telah dikenekan oleh Mahkamah Tinggi.
      3.MAHKAMAH TINGGI
*Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara malaysia atau warganegara asing yang berada di malaysia.
*Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
*Kes sivil melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak suiman ,wasiat,perkhawinan serta penceraian bagi muslim dan kemufsilan.
*Mempunyai kuasa mendegar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah yang nilainya rm250000.
      4.MAHKAMAH SYEKSYEN
*Merupkan Mahkamah Tertiggi dalam komponen Mahkamah Rendah.
*Membicarakan kes jenayah dan sivil.Kes sivil melibatkan nilai ynag tidak melebihi RM250000
*Kes jenayah -membicarakan apa juga jenis kesalahan jenayah ,kecuali menjatuhkan hukuman mati.
     5.MAHKAMAH JUVANA
*Membincangkan kes-kes jenayah bagi mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun.
*Seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 12 tahun.
*Perbicaraan dijalankan secara tertutup.
     6.MAHKAMAH MAJISTRET KELAS I
*Membicarakan kes-kes jenayah dan sivil.
*Kes jenayah melibatkan hukuman penjara dan hukuman denda.
*Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah lima tahun penjara dan denda RM10000,sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali.
    7.MAHKAMAH MAJISTRET KELAS II
*Kes jenayah iaitu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah tidak memebihi 12 bulan penjara dan denda rm1000 atau kedua-duanya sekali.
*Kes sivil ,iaitu nilai kes tuntutan tidak melebihi rm3000
    8.MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL
*Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3000
    9.MAHKAMAH PENGHULU.
*Merupakan mahkamah yang paling rendah dalam komponen Mahkamah Rendah.
*Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
*Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim.
*Kes sivil ,iaitu melibatkan tuntutan nilai tidak lebih daripada RM50.
     10.MAHKAMAH TENTERA
*Megendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera.
*Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah.
*Antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah ini ialah tidak patuh pada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa ,tidak menjalankan tugas,mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaran dan sebagainya.
*Pesalah dari mahkamah Tentera boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi.
     11.MAHKAMAH KHAS RAJA-RAJA
*Membicarakan kesalahan Yang di-Pertua Agong dan sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan dalam Persekutuan.
*Tindakan akan dikenakan terhadap YDPA atau sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.
     12.MAHKAMAH SYARIAH
*Untuk mengadili umat islam.
*Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
*Kes sivil ,iaitu nafkah dan tanggungan prkhawinan ,penceraian , wasiat , wakaf , pembahagian harta dan sebagainya.
*Mahkamah Syariah Rayuan berperanan mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah .
    13.MAHKAMAH ADAT
*Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di sabah dan sarawak.
*Contoh kes seperti pelanggaran adat suku kaum , adat perkhawinan , undang-undang adat ,adat-adat keagamaan dan sebagainya.

Disediakan Oleh : Noor Alia Nazira Binti Usaman 
                : Siti Nur Raiha Binti Selamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENAMAT SEJARAH

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA WAHAI PEMBACA BLOGGER!!! Hi! Kami ingin mengucapkan  "SELAMAT DATANG ke OURHISTORICAL blog&q...