Selasa, 29 Januari 2019

SENARAI JENIS MAHKAMAH

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA WAHAI PEMBACA BLOGGER!!!

Hi! Kami ingin mengucapkan "SELAMAT DATANG ke OURHISTORICAL blog"🙋🙋

JENIS JENIS MAHKAMAH DAN PERANANNYA

1.MAHKAMAH AGUNG
*Merupakan mahkamah tertinggi di malaysia
*Dikenali juga sebagai mahkamah persekutuan.
*Berkuasa menentukan pegesahan bagi undang undang yang dibuat oleh   Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
      2.MAHKAMAH RAYUAN
*Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja
*Jika dibenarkan oleh mahkamah Rayuan , kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang 250000
*Kes-kes jenayah yang dirujuk disini juga meliputi kes yang telah dikenekan oleh Mahkamah Tinggi.
      3.MAHKAMAH TINGGI
*Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara malaysia atau warganegara asing yang berada di malaysia.
*Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
*Kes sivil melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak suiman ,wasiat,perkhawinan serta penceraian bagi muslim dan kemufsilan.
*Mempunyai kuasa mendegar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah yang nilainya rm250000.
      4.MAHKAMAH SYEKSYEN
*Merupkan Mahkamah Tertiggi dalam komponen Mahkamah Rendah.
*Membicarakan kes jenayah dan sivil.Kes sivil melibatkan nilai ynag tidak melebihi RM250000
*Kes jenayah -membicarakan apa juga jenis kesalahan jenayah ,kecuali menjatuhkan hukuman mati.
     5.MAHKAMAH JUVANA
*Membincangkan kes-kes jenayah bagi mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun.
*Seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 12 tahun.
*Perbicaraan dijalankan secara tertutup.
     6.MAHKAMAH MAJISTRET KELAS I
*Membicarakan kes-kes jenayah dan sivil.
*Kes jenayah melibatkan hukuman penjara dan hukuman denda.
*Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah lima tahun penjara dan denda RM10000,sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali.
    7.MAHKAMAH MAJISTRET KELAS II
*Kes jenayah iaitu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah tidak memebihi 12 bulan penjara dan denda rm1000 atau kedua-duanya sekali.
*Kes sivil ,iaitu nilai kes tuntutan tidak melebihi rm3000
    8.MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL
*Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3000
    9.MAHKAMAH PENGHULU.
*Merupakan mahkamah yang paling rendah dalam komponen Mahkamah Rendah.
*Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
*Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim.
*Kes sivil ,iaitu melibatkan tuntutan nilai tidak lebih daripada RM50.
     10.MAHKAMAH TENTERA
*Megendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera.
*Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah.
*Antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah ini ialah tidak patuh pada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa ,tidak menjalankan tugas,mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaran dan sebagainya.
*Pesalah dari mahkamah Tentera boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi.
     11.MAHKAMAH KHAS RAJA-RAJA
*Membicarakan kesalahan Yang di-Pertua Agong dan sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan dalam Persekutuan.
*Tindakan akan dikenakan terhadap YDPA atau sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.
     12.MAHKAMAH SYARIAH
*Untuk mengadili umat islam.
*Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah.
*Kes sivil ,iaitu nafkah dan tanggungan prkhawinan ,penceraian , wasiat , wakaf , pembahagian harta dan sebagainya.
*Mahkamah Syariah Rayuan berperanan mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah .
    13.MAHKAMAH ADAT
*Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di sabah dan sarawak.
*Contoh kes seperti pelanggaran adat suku kaum , adat perkhawinan , undang-undang adat ,adat-adat keagamaan dan sebagainya.

Disediakan Oleh : Noor Alia Nazira Binti Usaman 
                : Siti Nur Raiha Binti Selamat

SENARAI KEMENTERIAN MALAYSIA TERKINI


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA WAHAI PEMBACA BLOGGER!!!

Hi! Kami ingin mengucapkan "SELAMAT DATANG ke OURHISTORICAL blog"🙋🙋


Senarai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri terkini 2019 :-


PERDANA MENTERI
- Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad

TIMBALAN PERDANA MENTERI
- Datuk Seri Wan Azizah Binti Wan Ismail

1. JABATAN PERDANA MENTERI

MENTERI
- Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa (Agama)
- Datuk Liew Vui Keong (Undang undang)
-Senator Waytha Moorthy A/L Ponnusamy (Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial)

TIMBALAN PERDANA
-Hajah Fauziah Binti Salleh (Agama)
-Mohamed Hanipa Maidin (Undang undang)
-Datuk Wira Dr. Mohammad Farid Bin Mohammad Rafik (Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial)

2. KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Lim Guan Eng
Timbalan Menteri : Dato' Haji Amiruddin Bin Hamzah

3. KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Tan Sri Muhiyiddin Bin Yassin
Timbalan Menteri : Dato' Mohammad Azis Bin Jamman

4. KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Haji Mohamad Bin Sabu 
Timbalan Menteri : Senator Liew Chin Tong

5. KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 
Menteri : Hajah Zuraida Binti Kamaruddin
Timbalan Menteri : Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad

6. KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Dato' Salahuddin Bin Ayub
Timbalan Menteri : Sim Tze Tzin

7. KEMENTERIAN PENDIDIKAN 
Menteri : Dr. Maszlee Bin Malik
Timbalan Menteri : Teo Nie Ching

8. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA , KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Timbalan Menteri : Hannah Yeow Tseow Suan

9. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Menteri : Datuk Seri Rina Binti Harun
Timbalan Menteri : Sivarasa A/L K. Raisah

10. KEMENTERIAN HAL EHWAL EKONOMI 
Menteri : Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Timbalan Menteri : Senator Dr. Mohammad Radzi Bin Jidin 

11. KEMENTERIAN KERJA RAYA 
Menteri : Baru Bian
Timbalan Menteri : Haji Mohamad Anuar Bin Mohamad Tahir

12. KEMENTERIAN PENGANGKUTAN 
Menteri : Anthony Loke Siew Fook
Timbalan Menteri : Dato' Haji Kamaruddin Bin Jaafar

13. KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 
Menteri : Gobind Singh Deo A/L Karpal Singh
Timbalan Menteri : Eddin Syazlee Bin Shith

14. KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA 
Menteri : M. Kulasegaran A/L V. Murugeson
Timbalan Menteri : Dato' Haji Mahfuz Bin Omar

15. KEMENTERIAN KESIHATAN 
Menteri : Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad 
Timbalan Menteri : Dr. Lee Boon Chye

16 . KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Dato' Saifuddin Bin Abdullah
Timbalan Menteri : Haji Marzuki Bin Yahya

17. KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 
Menteri : Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahmin
Timbalan Menteri : Steven Sim Chee Keong

18. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 
Menteri : Datuk Seri Mohamad Redzuan Bin Mohamad Yusof
Timbalan Menteri  : Datuk Wira Dr. Mohamad Hatta Bin Mohamad Ramli

19. KEMENTERIAN TENAGA , TEKNOLOGI ,SAINS , PERUBAHAN IKLIM DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Yeo Bee Yin
Timbalan Menteri : Isnaraissah Munirah Binti Majlis

20. KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA
Menteri : Teresa Kok Suh Sim
Timbalan Menteri : Shamsul Iskandar

21. KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Datuk Ignatius Dorell Leiking
Timbalan Menteri : Dr. Ong Kian Ming

22. KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail
Timbalan Menteri : Chong Chieng Jen

23. KEMENTERIAN AIR , TANAH DAN SUMBER ASLI 
Menteri :Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam
Timbalan Menteri : Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji

24. KEMENTERIAN WILAYAH
Menteri : Khalid Bin Abdul Samad 
Timbalan Menteri : Dato' Dr. Shahruddin Bin Mohamad Salleh

25. KEMENTERIAN SENI , PERLANCONGAN DAN BUDAYA
Menteri : Dato' Mohamaddin Bin Ketapi
Timbalan Menteri : Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik

Disediakan oleh : Muhammad Zahiruddin Bin Robion

Selasa, 8 Januari 2019

HUKUM KANUN DAN LAUT MELAKA

                            PENGENALAN


HUKUM KANUN MELAKA:

  • Ianya menerangkan tentang zaman kegemilangan negeri Melaka pada tahun 1400-1511 . Hukum ini berkenaan tentang penaklukan Raja Iskandar Zulkarnain ke atas India jelas sekali ini memperlihatkan orang Melaka telah mengenali Hikayat Iskandar Zulkarnain begitu juga dengan bab-bab mengenai Pasai terutama dalam bab ke-7 dan 9 , ianya juga memperlihatkan bahawa orang Melaka telah mengetahui hikayat Raja-Raja Pasai . Antara dua buah undang-undang melayu yang terkenal iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
  • Naskah-naskah Hukum Kanun Melaka ialah warisan karya melayu dalam bentuk bertulis . Disebarkan dari satu generasi ke satu generasi dalam bentuk naskah . Terdapat tidak kurang 44 naskah Hukum Kanun Melaka di seluruh dunia dan ini tidak termasuk dalam dua naskhah yang tidak lengkap lagi.
Disediakan oleh  : Muhammad Zahiruddin Bin Robion

                       UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA


      Undang-undang Laut Melaka ialah naskah undang-undang@hukum yang digunakan dalam pelayaran. Ditulis semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud atas permintaan Nakhoda Melaka yang menginginkan hukum pelayaran yang tetap. Antara yang terkandung dalam hukum kanun Melaka ini adalah:
  • Menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan 
  • Tugas pegawai kapal
  • Langkah keselamatan dalam kapal
  • Tugas anak-anak kapal
  • Penyewaan dan penumpangan kapal dagang
  • Kuasa Nakhoda menjatuhkan hukuman                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  PERANAN HUKUM KANUN MELAKA
  • Hukum kanun melaka penting sebagai sumber rujukan bagi menentukn hukuman bagi kesalahan tertentu.
  • Menentukan pembahagian tugas,peranan serta struktur pemerintahan.Dalam undang-undang terkandung satu adat yang digelar adat lembaga yang didalamnya menganunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur.
  • Melancarkan pentadbiran,memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu.
Disediakan oleh : Siti Nur Raiha Binti Selamat

                                          KESIMPULAN

 Kesimpulannya , Hukum Kanun Melaka  penting bagi melancarkan pemerintahan negeri. Undang-undang ini awalnya dipengaruhi oleh Agama  Hindu , diresapi unsur Agama Islam yang ketara pada akhirnya. Hukum-hukum syarak ini meresap secara beransur-ansur. Sesungguhnya, undang-undang ini sungguh lengkap, menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan adat lembaga dan tanggungjawab pembesar, hukuman awam dan perbuatan jenayah serta perkara-perkara berkaitan dengan pertanian , perhambaan , dan kekeluargaan . Manakala undang-undang di laut ini pula jelas kelihatan memperlihatkan tentang pembahagian tugas pegawai  dan anak-anak kapal malah ia juga memperlihatkan anak-anak kapal itu tidak dikaji tetapi bersama ada bahagian di dalam perniagaan. 


Disediakan Oleh : Noor Alia Nazira Binti Usaman









Selasa, 1 Januari 2019

MALAYAN EMERGENCY (KOMUNIS)

                                         PENGENALAN


  • Malayan Emergency adalah satu serangan Gerila yang sungguh dahsyat dilakukan oleh sekumpulan komunis selepas jajahan Jepun pada 1948.
  • Serangan Gerila ini diketuai oleh Chen Peng iaitu bekas tentera British yang telah dibelot.
  • Keganasan yang berlaku telah mengorbankan ratusan nyawa penduduk Tanah Melayu yang tidak bersalah.
  • Untuk menumpaskan habis habisan serangan Gerila ini memerlukan 3 pesuruhjaya tinggi british kerana puak mereka sangat besar.
Setiap kampung atau bandar hangus dibakar dan dimusnahkan oleh mereka.     

   Disediakan oleh: Muhammad Zahiruddin Bin Robion  


                    KESAN

  1.  Terhadap EKONOMI

   
 KEMUSNAHAN YANG BERLAKU DISESEBUAH ESTET


BEGINILAH KEHIDUPAN BURUH-BURUH LADANG DAN LOMBONG YANG DIGANGGU OLEH KOMUNIS 
                           

  • Kekejaman dan keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian dengan aman.
  •  Pengeluaran sumber ekonomi negara terjejas kerana kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang.
  • Kerajaan membelanjakan 1.4 bilion dalam tempoh 12 tahun dan sebanyak 721.9 juta telah digunakan bagi membeli peralatan ketenteraan bagi mengukuhkan sistem pertahanan.
  • Kerajaan terpaksa memperbesarkan pasukan keselamatan, menambah bilangan anggota polis dan pasukan Home Guard untuk memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada rakyat.
  • Kesannya, kerajaan kurang memberi perhatian terhadap usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. 


 2. Terhadap  POLITIL



  • Kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pemberian kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana kerajaan mendapati rakyat Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran British. Selain itu, kerajaan juga ingin mendapat sokongan rakyat supaya tidak memihak kepada komunis.
  • Pada tahun 1949, pemimpin-pemimpin orang Cina dalam Majlis Perundangan Persekutuan terutamanya Datuk Tan Cheng Lock telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949.
  • Sistem Ahli juga telah diperkenalkan pada tahun 1951-1952 oleh British sebagai langkah ke arah berkerajaan sendiri.
  • Perikatan UMNO-MCA di bawah pemimpin Tunku Abd. Rahman memainkan peranan yang penting dalam proses mencapai kemerdekaan .


 3. Terhadap SOSIAL 



  • Kempen memerangi komunis dijalankan selama 12 tahun (1948-1960) yang menyaksikan rakyat hidup menderita keganasan komunis. Pelaksanaan undang-undang darurat seperti perintah berkurung amat menyusahkan hidup rakyat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan dan aktiviti harian mereka. Bekalan beras berkurangan kerana semakin banyak sawah  ditinggalkan oleh petani tanpa diusahakan. Begitu juga dengan padi huma dan kerja-kerja ladang yang lain seperti jagung, ubi dan pisang turut tidak dikerjakan bagi menambah bahan makanan. Kekurangan makanan ini telah menyebabkan kerajaan bertindak menyekat makanan menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada ubi kayu dan keledek sama seperti dialami semasa zaman Jepun.Walaupun catuan makanan ini berjaya menyekat bekalan  makanan daripada sampai kepada komunis, namum rakyat hidup menderita akibat kekurangan makanan.
  • Melalui undang-undang darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahaja yang dianggap mengancam keselamatan negara atau disyaki bersubahat dengan komunis tanpa perlu dibicara di mahkamah. Orang ramai tidak dibenarkan berkumpul melebihi 5 orang di tempat terbuka tanpa mendapat kebenaran polis. Sesiapa yang membawa atau menyimpan senjata api tanpa permit boleh dihukum bunuh. Ramai penduduk terutama orang Cina ditangkap dan dipenjarakan,sebahagian daripada mereka dihantar pulang ke negara China. 
  • Masalah perkauman antara orang Melayu dan orang Cina menjadi semakin serius. Orang Melayu menganggap semua orang Cina adalah komunis dan orang Melayu telah menyertai pasukan keselamatan untuk membanteras komunis. Oleh itu, tindakan memerangi komunis semasa darurat seolah-olah dilihat sebagai peperangan antara orang Melayu dengan orang Cina. Masalah perkauman yang tercetus ini telah memberi kesan penting ke atas kedudukan sosiopolitik di Tanah Melayu.
  • Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina telah mendorong pemimpin-pemimpin seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ E.E.C. Thuraisingham dan Datuk Tan Cheng Lock berusaha untuk meredakan ketegangan kaum dengan menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK)  pada tahun 1949. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato’ E.E.C. Thuraisingham yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu.
  • Untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu terutamanya orang Cina bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat” dan melonggarkan syarat-syarat untuk mendapat kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan juru bicara kaum Cina dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu sehingga tahun 1957. Mereka juga diberi hak untuk memiliki tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan kesihatan di kawasan kampong-kampung baru. Dengan cara ini, kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan. 

              Disediakan Oleh : Siti Nur Raiha Binti Selamat

                                            : Noor Alia Nazira Binti Usaman


         

                                                              PENGAJARAN

  • Pengajaran yang diperoleh daripada sejarah ini ialah sesebuah negara atau bangsa itu perlu mempertahankan identiti sendiri,walaupun masa dan persekitaran sentisa berubah.Selain itu,rakyat yang tidak bersatu padu dan tidak taat setia kepada negara juga akan menyebabkan negara kita dijajah. Seterusnya,kita sebagai rakyat malaysia juga perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar minda kita tidak mudah terpengaruh dengan dakyah asing.Oleh itu ilmu adalah sesuatu faktor yang penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa.Akhir sekali,dengan peristiwa penjajahan yang berlaku kepada tanah melayu kita ini telah memperlihatkan kepada kita bahawa perlunya rakyat pada waktu itu mempunyai ilmu yang tinggi ,terbuka minda, taat setia , bersatu padu dan patuh kepada undang-undang negara .

    Disediakan oleh: Noor Alia Nazira Binti Usaman





              KESIMPULAN

  • Dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu.
  • Kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri-negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negari ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri.
  • Kekayaan ekonomi serta kemajuan dan ketertinggian tamadun adalah antara faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negera.
  • Kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara.
  • Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan, Asimilasi dan Sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul.

   Disediakan oleh: Siti Nur Raiha Binti Selamat

PENAMAT SEJARAH

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA WAHAI PEMBACA BLOGGER!!! Hi! Kami ingin mengucapkan  "SELAMAT DATANG ke OURHISTORICAL blog&q...